Masjid Di Amerika Utara

Islam telah pun berkembang dengan pesatnya di Amerika Utara. Boleh dikatakan di semua bandar-bandar besar di Amerika Syarikat dan Kanada kita boleh mencari masjid dengan mudah. Selalunya bukan satu malah berpuluh bagi bandar-bandar metropolitan seperti Chicago, New York dan seumpamanya.

Bagi yang ingin ke Amerika, mereka boleh bersedia dengan mencari alamat masjid di tempat yang hendak dilawati serta mendapat jadual waktu solat.

Tidak semua masjid berbentuk dengan yang biasa kita lihat terutama di tempat kita. Sesetengah bangunan masjid itu ubahsuai dari rumah dan ada juga dari bangunan pejabat. Terdapat juga sebilangan kecil yang dibeli dari gereja.

Namun, dalam pada itu, perlu diingatkan juga terdapat juga pelbagai masjid yang dibina oleh mereka yang bukan dari aliran perdana ahli sunnah wal jamaah. Dikebanyakan bandar besar terdapat beberapa tempat yang dinamakan masjid tetapi yang diasaskan oleh kumpulan Ahmadiyah pengikut Mirza Ghulam Ahmad. Gambar dibawah adalah satu contoh pusat mereka yang besar di Kanada.

Ahmadiyyah di Kanada

Satu lagi kategori masjid yang perlu kita awasi ialah masjid yang dibina oleh kumpulan “Black Muslim” di bawah pertubuhan Nation of Islam pimpinan Loius Farrakhan. Kumpulan ini kini semakin mengecil dan ada beberapa pusat komuniti mereka/masjid yang telah bertukar mengikuti Imam Warithudeen Muhammad yang sudah berpisah dengan kumpulan Farrakhan/NOI.

Juga terdapat masjid yang diasaskan oleh mereka dari golongan Syiah – di tempat-tempat yang mempunyai ramai pengikut mereka. Walaubagaiamanapun, kebanyakan puak Syiah akan bersama berjemaah dengan komuniti Muslim sesuatu tempat itu.

Di samping itu, bagi mereka yang tidak biasa dengan suasana di Amerika, suatu lagi yang mungkin mengelirukan dan mungkin menjadi satu kejutan kepada mereka ialah terdapat “temple” dan “shrine” yang mempunyai nama-nama “keislaman” seperti Medina Temple, Mecca Shrine dan sebagainya. Tempat-tempat seperti ini ialah tempat berkumpul mereka dari kumpulan “masonic”, “shriners” dan seumpamanya. Sesetengah tempat/bangunan ini telahpun ditukar fungsinya sekarang. Bolehlah kita kategorikan mereka ini sekumpulan dengan golongan freemason atau persatuan rotary kalau di tempat kita.

Nama-nama tempat atau pejabat mereka amat mengelirukan kita. Dua gambar di bawah adalah contoh yang boleh mengelirukan.

The

[Medina Temple Chicago - kini menjadi gundang beli-belah Bloomingdale - The Moorish-style temple was built in 1912 by the Ancient Arabic Order of Nobles of the Mystic Shrine]

Gambar ahli “shriners” – dengan tulisan “Mecca” pada topi/songkok merah mereka. Gambar beramai mereka diambil untuk satu majlis perhimpunan mereka yang diberi nama “Inshalla 2008″ – baru-baru ini.

Dengan itu, kita wajar berwaspada dengan kemungkinan kekeliruan yang bakal ditempuhi di Amerika Utara jika “pemandu pelancong” kita di sana kurang arif dengan perbezaan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Kembali kepada masjid untuk panduan orang-orang Islam, di bawah ini saya senaraikan beberapa sumber untuk mencari lokasi masjid dan/atau pusat komuniti masyarakat Islam di Amerika Utara:

  1. Masjid Addresses in USA [directory contains Masjids and Islamic Centers in the United States, believed to be orginally compiled by ISNA, and since has been extensively updated by MSA of the USA and Canada] Namun mungkin sesetengah alamat dan no. telefon tidak dikemaskini.
  2. Welcome to Mosques/Organizations/Schools/MSA Search
  3. IslamCan’s Masjid Directory for North America

[Salah sebuah masjid yang baru siap dibina di kawasan perumahan mewah pinggir bandaraya Columbus, Ohio - terdapat hampir 10 buah masjid di sekitar bandaraya ini]

About these ads

One response to “Masjid Di Amerika Utara

  1. Pingback: 2010 in review | Al Masjid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s