Dipetik dari Kosmo! Online

Air mata pokok Sabu
KUALA TERENGGANU – Sebatang pokok Sabu atau pokok India yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun berhampiran Masjid Raja, Bukit Besar di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak tiga hari lalu apabila dahan-dahannya dilihat mengalirkan air tanpa henti.
Kejadian itu semakin menarik apabila orang ramai mendakwa terdengar pokok itu mengeluarkan bunyi seperti orang menangis pada waktu malam.
Ekoran itu, pokok yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan Islam di masjid berkenaan menjadi tumpuan penduduk siang dan malam.
Seorang penduduk, Norhayati Husin hairan kerana pokok yang tidak mengeluarkan buah itu tiba-tiba mengeluarkan air berbuih dan berbau seperti air kelapa muda.
Guru di pusat fardu ain kawasan itu, Azrul Alias pula menceritakan, ia berlaku selepas proses memajukan seluruh kawasan tersebut dimulakan sejak seminggu lalu.
“Baru minggu lalu penduduk mendapat bayaran untuk membangunkan kawasan ini termasuk masjid dan kawasan tanah perkuburan,” katanya.
3 responses so far ↓
Satu Lagi Masjid Bakal Dirobohkan « Al Masjid // Friday, 18 July, 2008 at 6:19 pm |
[...] lagi saudara mara saya. Di perkarangan perkuburan masjid ini juga heboh baru-baru ini dengan peristiwa pokok pait mengeluarkan air bagaikan tangisan – hinggakan ada yang sesetengah masyarakat sekitar itu bertanya apakah [...]
Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « Al Masjid // Friday, 1 May, 2009 at 10:58 am |
[...] Pokok Pait (Sabu) Di Masjid Bukit Besar Keluarkan AirĀ (1) [...]
Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « ALAM AKADEMIK…tertua & terulung // Sunday, 17 May, 2009 at 4:11 pm |
[...] Pokok Pait (Sabu) Di Masjid Bukit Besar Keluarkan AirĀ (1) [...]