Satu Lagi Masjid Bakal Dirobohkan

Setelah ranapnya dan tiada lagi Masjid Raja Chendering yang asal kini satu lagi warisan sejarah di Terengganu bakal dihilangkan dari muka bumi. Masjid Raja Bukit Besar yang bakal menerima nasib yang sama mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang gemilang.

Dalam pada bermulanya hanya sebuah masjid kayu kini ianya telah melebar dengan tambahan bahagian kiri dan kanan berstruktur baru berdasarkan campuran konkrit dan kayu sambil mengekalkan bahagian asal yang tetap masih kukuh. Di antara keunikan masjid ini ialah menara konkritnya yang juga menjadi logo rasmi masjid.

gambar dari Suara Tradisi Melayu Terengganu

Sayangnya dalam usaha mencipta nama untuk memahat sejarah ada segelintir tokoh negeri berasa bangga dengan melihat bangunan-bangunan baru menggantikan masjid-masjid yang bersejarah. Masjid-masjid yang asalnya diasahkan atas titik peluh dan sadaqah jariah orang-orang dulu ingin dirobohkan dengan sewenang-wenangnya.

Masjid ini dipercayai sudah berumur lebih 80 tahun digelar Masjid Raja kerana menjadi masjid rasmi raja Terengganu pada suatu masa dahulu.

Di hadapan masjid inilah bersemadinya kedua ibu bapa bonda saya, bapa saudara serta beberapa lagi saudara mara saya. Di perkarangan perkuburan masjid ini juga heboh baru-baru ini dengan peristiwa pokok pait mengeluarkan air bagaikan tangisan – hinggakan ada yang sesetengah masyarakat sekitar itu bertanya apakah “tangisan” tersebut kerana membantah nasib yang bakal menimpa masjid tersebut.

Wajar juga Persatuan Sejarah Terengganu dan mana-mana badan lain yang ingin memelihara warisan sejarah Islam dan pusaka tradisi Melayu menggerakkan bantahan terhadap usaha merobohkan masjid yang telah bertapak dengan niat jariah ramai yang telah pergi. Janganlah kita putuskan sadaqah mereka.


9 responses to “Satu Lagi Masjid Bakal Dirobohkan

  1. Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akan Tinggal Sejarah « Al Masjid

  2. Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akan Tinggal Sejarah « Karim’s Blog

  3. http://mesjidnurulimanpekanweston.blogspot.com/

    Asalamualikum , Salam Singgah

  4. Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « Al Masjid

  5. Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « ALAM AKADEMIK…tertua & terulung

  6. Pingback: Pedulikah kita apabila masjid bakal dirobohkan? | Al Masjid

  7. Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai | Darul Iman

  8. Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai « Warisan Trengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s