Selepas posting terdahulu berhubung satu lagi masjid bakal dirobohkan di Kuala Terengganu, ramai bertanya kesahihan laporan saya. Ada yang tidak percaya.
Sebaik pulang ke Kuala Terengganu semalam saya terus ke Masjid Raja Bukit Besar untuk solat Asar. Dan sememangnya kerja-kerja awal untuk merobohkan masjid tersebut sudahpun bermula.
Beberapa rumah di sekeliling masjid yang dikatakan telah diambilalih untuk projek pembinaan semula masjid ini telah mula dirobohkan.
Apakah perlu sesebuah masjid penuh sejarah yang melibat pemerintahan seorang sultan di suatu masa dahulu dilenyapkan? Apa akan jadi dengan warisan sejarah kita? Apa yang akan jadi dengan sedekah jariah orang-orang terdahulu untuk saham mereka yang kini kesemuanya telah tiada lagi untuk menokok tambah pahala mereka?
Masjid ini dipercayai sudah berumur lebih 80 tahun dikatakan bakal menyembah bumi awal tahun depan.
Wajar juga Persatuan Sejarah Terengganu dan mana-mana badan lain yang ingin memelihara warisan sejarah Islam dan pusaka tradisi Melayu menggerakkan bantahan terhadap usaha merobohkan masjid yang telah bertapak dengan niat jariah ramai yang telah pergi. Janganlah kita putuskan sadaqah mereka.
Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « Al Masjid
Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « ALAM AKADEMIK…tertua & terulung
Pingback: Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuh « Karim’s Blog
Pingback: Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuh « ALAM AKADEMIK … tertua & terulung
Pingback: Pedulikah kita apabila masjid bakal dirobohkan? | Al Masjid
Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai | Darul Iman
Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai « Warisan Trengganu