[dipetik dari http://cybermosque.mpsj.gov.my/al_falahk.html%5D
Konsep Rekabentuk Kesederhanaan dalam Islam serta kerendahan diri menjadi asas dalam merekabentuk bangunan masjid ini. Kecantikan seseorang pada kacamata Islam bukan dilihat dari rupa paras luaran, tetapi melalui ‘dalaman diri’ seseorang itu iaitu pada kesucian hati dan kemantapan iman.Konsep ini juga membawa maksud barangsiapa yang ingin mengetahui dan mengenali Islam itu hendaklah ia mendekati dan mendalaminya terlebih dahulu, barulah dapat ia melihat akan kecantikan dan merasai kemanisan Islam. |
![]() |
Secara fizikalnya gambaran kepada konsep tersebut diperlihatkan melalui kedudukan kubah yang comel dari pandangan luaran, yang menonjolkan kesederhanaan dalam Islam. Sementara itu suatu ‘kejutan’ diberikan apabila seseorang itu memasuki bahagian dalam masjid ini dengan terbentangnya sebuah kubah yang besar dan unik yang mana tidak disangkakan kewujudannya, sama sepertimana mereka yag tidak mendekati dan tidak mendalami Islam tidak akan mengetahui keindahannya.
Rupa paras fizikal seseorang itu juga tidak menjadi keutamaan dalam Islam, sebaliknya kesucian hati dan keteguhan iman menjadi pilihan utama untuk mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT |
![]() |
![]() Keluasan keseluruhan tapak :16972 m. per (~4.19 ekar) |
Terdapat 4 ruang utama untuk bersembahyang iaitu :
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Ruang-ruang lain yang disediakan termasuk :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Masjid Al-Falahk USJ juga sedang berusaha untuk memperindahkan lagi persekitaran masjid dengan mengadakan beberapa lanskap di dalam kawasan masjid. Lanskap-lanskap ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan dan hiasan taman yang menarik. Apabila lanskap-lanskap ini siap sepenuhnya ia akan membawa perubahan yang besar kepada persekitaran masjid sekaligus mencantikkan lagi masjid ini |
![]() |