Sejarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

dipetik dari: http://mssaas.jais.net.my/index.php?option=com_content&task=view&id=49&Itemid=129

SEJARAH PEMBINAAN

mssaas

Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.

mssaas-kubahkhat1Masjid yang juga dikenali sebagai “masjid biru” di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.

Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang  memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.

mssaas-menaramsjd1

Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan  seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih

LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM

Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia.

mssaas-3Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya.

Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini.

Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung 24000 orang jemaah .Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat satu, dan galeri di tingkat dua.mssaas-7

Secara ringkas(MSSAAS)

Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri   Selangor pada 14 Febuari 1974)

Arahan kepada:Jurubena Bertiga

Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977

Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980

Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983

Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987

Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis)

Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988

FAKTA(MSSAAS)

  1. Masjid terbesar di Asia Tenggara

  2. Kubah masjid yang terbesar di dunia

  3. Menara tertinggi di dunia

  4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa

  5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan ‘Retvous Enamelled Steel Panel’. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.

  6. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid

  7. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.

  8. Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.

  9. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

Advertisement

5 responses to “Sejarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

  1. Pingback: Performing Nasheed At Shah Alam « Ahmad Ali Karim’s Weblog

  2. Shahbudin Abu Darin

    Assala mualaikum. Saya bagi pihak Manaraseven Corporation Sdn Bhd ingin berjumpa nazir dan pegawai masjid untuk memberi tahu tentang satu cadangan bagi mengwujudkan usahasama dalam penjualan produk untuk mengisi tabung masjid. Produk yang dimaksudkan ialah Quran juz amma (surah 78 – 114) dalam bentuk CD audio. Akan ada tiga siri lagi untuk surah yang lain. Ia menggunakan suara Sheikh AlMisyari. Suara Usop Kopratasa digunakan untuk terjemahannya.
    Produk itu akan memudahkan ahli qariah mendapat ilmu daripada pendengaran terjemahan. Mendengar bacaan sesuai bagi mereka yang sedang membuat kerja seperti memasak makanan, mengemas rumah, melayari internet, memandu kenderaan dll., atau bagi yang tidak boleh atau tidak mahu membaca. Di samping itu, kegiatan mengambil upah/komisen menjual produk merupakan satu cara untuk meningkatkan ekonomi. Jika masjid setuju membayar upah/komisen kepada penjual bagi penjualan produk, ia adalah peluang untuk ahli qariah yang berminat untuk mendapat duit dengan menjual produk di luar kawasan masjid.
    Bagi setiap produk yang dijual syarikat akan dapat RM19. Masjid akan dapat RM10.90. Pegawai masjid yang dipertanggungjawab oleh nazir untuk menjaga produk dan mengurus penjualannya akan diberi imbuhan sebanyak RM2 oleh syarikat untuk setiap produk yang dijual.

  3. Pingback: 2010 in review | Al Masjid

  4. Saya staf Masjid Negeri.. agak minat juga. boleh email trus firdausi72@yahoo.com

  5. assalamualaikum.saya Faiznur pelajar semester 5 jurusan komunikasi dan pengajian media UiTM Alor Gajah Melaka. Saya berminat untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang sejarah pembinaan masjid ini dan keunikannya. Bagi melaksanakan tugasan untuk subjek kami, kami perlu melakukan sebuah dokumentari, dan saya fikir masjid sultan salahudin abdul aziz shah ini sangat menarik, tidak ramai orang tahu tentang sejarah pembinaan masjid yang kedua terbesar di asia tenggara dan masjid yang mempunyai kubah terbesar di dunia setakat ini.saya berharap agar pihak masjid negeri dapat membantu kami, selain dapat memberi pengetahuan baru buat masyarakat, kami juga berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang fakta yang belum diketahui oleh masyarakat di luar sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s