Seni bina lambang keindahan Islam

MASJID Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak antara masjid yang menjadi tumpuan di negara ini disebabkan reka bentuknya yang unik.ubudiahmosque

Selain digunakan sebagai tempat beribadat, masjid itu sering dikunjungi pelancong untuk menikmati dan menghayati keindahan seni binanya.
Masjid yang dibina Sultan Idris Mursiduladzam Shah pada 1913 dan siapa dalam tempoh lima tahun itu mempunyai landskap dan hiasan dalaman yang cukup menarik serta persekitaran mempesonakan.

Jika berkunjung ke bandar Kuala Kangsar, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke masjid ini.

masjid-ubudiahDi bahagian luar pagar masjid, dihiasi pokok renek sepanjang laluan pejalan kaki manakala papan tanda pula dibuat dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik.

Reka bentuk pagarnya berkonsepkan ala istana menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam.

Rumput hiasan ditanam di beberapa bahagian luar masjid serta pokok pinang.

Ruang letak kereta yang luas memudahkan orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Sebuah pondok di bina di belakang masjid untuk kemudahan pengunjung berehat sambil menikmati kedamaian.

Di bahagian hadapan masjid, dibina sebuah kolam dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung.

Di bahagian luar masjid yang menelan belanja kira-kira RM2.9 juta itu dihiasi batu marmar air yang bersih dan bercahaya.

Tiangnya dibuat daripada batu marmar berwarna coklat manakala dindingnya mempunyai reka bentuk yang melambangkan agama Islam.

Memasuki ruangan dalaman, anda pasti terpesona dengan kecantikan hiasan lampu dan dinding yang pelbagai warna manakala mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu tinggi berukiran warisan tradisional dan Kesultanan Melayu.ruang-solat-masjid-ubudiah

Pada bahagian atas, terdapat sebuah lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil.

Bahagian silingnya dihiasi kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu unik.

Masjid yang mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil berwarna keemasan itu memang cukup menarik.

Selain tempat menunaikan ibadat solat, Masjid Ubudiah memiliki keunikannya sebagai destinasi pelancongan sekali gus menggambarkan Islam itu indah.

[gambar ruang solat dari: http://shw.mymasjid.fotopages.com/14788328/Ruang-Solat-Masjid-Ubudiah.html%5D

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s