Masjid Reka Bentuk Cina Pertama Akan Dibina

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberikan wang suntikan RM1 juta bagi pembinaan masjid reka bentuk Cina pertama di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan pembinaan masjid itu oleh Persatuan Muslim Cina Malaysia (Macma).

“Masjid dengan reka bentuk (arkitektur) Cina itu telah diluluskan oleh kerajaan dan kami sangat sokong usaha Macma. Selain wang suntikan sebanyak RM1 juta, kami juga akan memberikan bantuan dari segi “seringgit untuk seringgit” mengikut kutipan wang derma mereka.

“Masjid tersebut akan dibina di Selayang, seluas sembilan hektar dan mampu menampung jemaah seramai 1,000 orang manakala kos binaannya dianggarkan sebanyak RM15 juta,” kata Zahid selepas melancarkan sambutan Tahun Baru Cina anjuran NGO-NGO Islam di sini hari ini.

Katanya, Macma juga akan menjadikan masjid tersebut sebagai sebuah pusat pelancongan, dakwah dan juga pusat pengajian.

Menurut Zahid, sambutan perayaan itu di perkarangan Masjid Al-Mukhsinin, adalah pertama seumpamanya di negara ini dan Macma harus dipuji kerana usahanya menghimpunkan bersama etnik dan agama yang berbeza.

“Inilah peranan masjid. Kita jangan tutup perkarangan masjid untuk orang bukan Islam. Sekiranya kita hendak menyambut Deepavali atau perayaan lain di masjid pun tidak apa, asalkan ia tidak berunsur keagamaan,” ujar Zahid.

Pada majlis itu, Zahid mengingatkan ahli-ahli politik agar berpolitik dalam lengkongan Parlimen dan Dewan Negeri dan membina semangat muhibah sesama sendiri di luar tembok kuasa.

“Meskipun ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak dijadualkan untuk berucap hari ini, tetapi saya telah meminta pengerusi majlis untuk mengundangnya memberi ucapan.

“Biarlah kita berpolitik di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Di luar, biarlah kita bersahabat,” kata beliau.

Dalam ucapannya, Zahid mengusik Teresa agar mengahwini seorang lelaki Melayu, sebagai merujuk kepada sejarah Laksmana Cheng Ho dari China yang pada satu ketika dulu membawa Puteri Hang Li Po untuk dikahwini oleh Sultan Melaka.

— BERNAMA

Advertisement

3 responses to “Masjid Reka Bentuk Cina Pertama Akan Dibina

  1. hehe,,bro,,ni bukan yang pertama la
    kelantandh wat la
    nak siap daah pun
    tu la ngko
    msti org bn
    haha
    kesian

    • Sdr. Muizz,

      Terima kasih kerana memaklumkan bahawa ada masjid dengan reka bentuk Cina yang sedang dibina di Kelantan. Kami amat mengalu-alukan berita tersebut dan ada baiknya jika dapat dikongsikan kepada pembaca lain beserta dengan gambarnya sekali. Harap dapat dikirimkan.

      Namun, komen berbau politik tidak wajar diselitkan kerana bukan niat kami untuk memihak mana-mana parti politik dalam menyediakan blog ini.

      Wassalam

  2. Adehh..
    Pasal Rumah allah pun nak libatkan politik..
    Pelik aku ngan org skg nie.. Hilang kesucian rumah allah di libatkan ngan politik2 kotor nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s