Masjid Raja Bukit Besar di Kuala Terengganu akhirnya ranap menyembah bumi diroboh semenjak sebulan yang lepas. Gambar-gambar berikut menyatakan kesedihan pengirim.Hanya menaranya masih berdiri kerana struktur yang tegap dan kukuh menyukarkan usaha merobohnya. Namun ianya hanya menantikan masanya juga.
Longgokan kayu dari sebahagian binaan asal masjid dibiarkan bermandi hujan dan berjemur panas menantikan masa untuk reput dan mungkin dibuang begitu sahaja. Sebahagian besar tiang-tiang utama masjid berasal dari jenis-jenis kayu yang berkualiti masih dalam keadaan baik.
Sebuah masjid yang telah diberi status Masjid Raja, berusia lebih 100 tahun, dengan pelbagai nilai sejarah dan kesenian hanya tinggal kenangan yang memalukan untuk dijawab kepada generasi yang akan datang yang mencari-cari nilai sejarah dan warisan alam negeri Terengganu.
Sayu dan pilu mengenangkannya. Putus sudah bekalan amal jariah orang-orang terdahulu …
***************************************************
Ulasan dan laporan lain akan disusuli nanti.
Laporan-laporan lama berhubung Masjid Raja Bukit Besar:
Pingback: Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi « ALAM AKADEMIK…tertua & terulung
Pingback: Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuh « Karim’s Blog
Pingback: Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuh « ALAM AKADEMIK … tertua & terulung
Pingback: Masjid Putih – Dibaiki Indah Dibiar Punah « Karim’s Blog
Pingback: Masjid Putih – Dibaiki Indah Dibiar Punah « Al Masjid
Pingback: Masjid Putih – Dibaiki Indah Dibiar Punah « ALAM AKADEMIK … tertua & terulung
Salaam Ziarah…
Amat dukacita melihat paparan sebuah masjid tua dibongkar lalu runtuh menyembah bumi. Mengapa tidak dikekalkan binaannya agar terus berdiri seutuh menaranya. Saya kira adalah lebih wajar dibaikpulih atau dibuat penambahan daripada ianya diruntuhkan. Hal demikian kerana senibina masjid tua adalah salah satu daripada warisan peninggalan lama yang dapat mencerminkan identiti bangsa.
p/s: Senario ini berbeza dgn Acheh yang berusaha mengekalkan binaan masjid tua walaupun berusia ratusan tahun lamanya…Walaupun tidak lagi berfungsi sbg tempat bersujud jemaah di dalamnya, tetapi masjid tua tersebut beralihfungsi menjadi pusat pengajian agama.
Luahan Ikhlas
http://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com
Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai | Darul Iman
Pingback: Masjid Bukit Besar Terbengkalai « Warisan Trengganu