Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Masjid telah siap dibina
Penerangan
Lokasi Presint 3, Putrajaya,
Bendera Malaysia Malaysia
Status (Siap)
Tempoh pembinaan ±5 tahun 4 bulan
Dibuka Ogos 2009
Maklumat teknikal
Keluasan 73,795 meter persegi
Ketinggian menara tiada menara
Bilangan tingkat 7 tingkat
Kos RM380 juta (~ AS$ 70 juta)
Kapasiti jemaah 20,000
Syarikat
Arkitek Kumpulan Senireka Sdn. Bhd.
Kontraktor Ahmad Zaki Resources Bhd.
Pemaju Perbadanan Putrajaya
Bahan Keluli, konkrit bertetulang kaca

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi[1], ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Pembinaan

Masjid Besi dalam pembinaan

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

Ciri keistimewaan

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.[3]

Kemudahan

  • Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  • Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
  • Dapur
  • Bilik orang kenamaan
  • Bilik penyelenggaraan
  • Bilik jenazah
  • Pejabat
  • Bilik kawalan audio visual
  • Ruang letak kereta bawah tanah

Rujukan

  1. Hayati Ibrahim. “Medan dakwah“, myMetro, 21 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Ogos 2009.
  2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Diserah Bagi Pengurusan Jakim“, BERNAMA, 21 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Ogos 2009.
  3. Masjid Besi Putrajaya siap Ogos“, Utusan Malaysia, 22 April 2009. Dicapai pada 2009-06-10.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s