Masjid Kampung Pasir Minal Bakal Dirobohkan?


Pada 9.4.2010, setelah selesai solat Jumaat, ratusan para jemaah telah berkumpul di hadapan Masjid Pasir Minal dan berdemontrasi secara aman bagi menunjukkan reaksi bantahan diatas hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang ingin merobohkan Masjid Pasir Minal. Manakala pada sebelah malam pula diadakan solat hajat dan Forum Perdana berhubung isu merampas dan merobohkan Masjid Pasir Minal.

Pada 24.3.2010, semasa pertemuan di atara pemilik tanah Lot GM532 dan Pegawai Tanah Pejabat Daerah, pemilik tanah telah dikejutkan oleh kenyataan Pegawai Tanah bahawa Masjid Pasir Minal akan dibayar sebanyak RM1.35 Juta atas maksud untuk merobohkan Masjid tersebut untuk diganti dengan masjid baru di atas Lot yang sama.

Sebelum itu, seramai 13 orang pemilik tanah Lot GM531 dan Lot GM532 telah menerima notis siasatan Pengambilan Tanah supaya hadir ke Pejabat Tanah Kemaman pada 24.2.2010 bagi membicarakan tuntutan pampasan keatas tanah yang ingin diambil. Namun begitu tiada makluman akan hasrat untuk merobohkan Masjid Pasir Minal dalam pertemuan pertama itu.

Kehadiran jemaah yang melimpahi masjid hingga ke bahu jalan menuntut Masjid Pasir Minal itu dibesarkan. Maka bermula pada penghujung 2005 masjid itu mula melalui proses pembesaran. Hari ini pembesaran masjid itu memasuki fasa ke-3 iaitu menyiapkan anjung hadapan dan kiri masjid. Sehingga kini kos pembinaannya telah mencecah RM1.2 Juta, yang mana seratus peratus didermakan oleh orang perseorangan, peniaga-peniaga, ahli korperat dan syarikat swasta. Manakala sumbangan daripada kerajaan tempatan dan negeri tidak pernah diterima walaupun permohonan dibuat beberapa kali.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Kerajaan Negeri yang didalangi oleh juak-juak UMNO ini tiba-tiba sahaja berminat hendak ‘membantu’ Qariah Pasir Minal  dan tindakan ‘membantu’ itu kelihatan cukup pelik sekali, mungkin lebih pelik daripada cerita-cerita pelik……masjid yang hampir siap sepenuhnya, dibina dengan lebih cantik dan lebih kukuh (berbanding dengan sesetengah bangunan yang dibina oleh ‘OKU’-Orang Kuat Umno) dan dibina melalui sedekah jariah orang ramai tiba-tiba hendak dirobohkan tanpa alasan yang munasabah, kemudian masjid baru pula hendak dibina diatas Lot yang sama. Apakah ini tindakan waras, datang daripada manusia yang dikatakan beriman?

Sehubungan dengan itu, selain menghantar surat bantahan kepada pihak-pihak tertentu, Jawatankuasa Masjid Pasir Minal mengambil ketetapan, kepada seluruh pencinta Islam, samada di dalam atau di luar Qariah Pasir Minal, wajib menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 setiap keluarga sebagai menyatakan bantahan kita terhadap pencerobohan tidak bersebab ke atas rumah ALLAH itu. Hasil daripada kutipan ini akan digunakan untuk meneruskan pembesaran fasa ke-3 sehingga siap sepenuhnya.

Maka marilah sama-sama kita menghulurkan derma kepada masjid Pasir Minal ini. Apalah sangat nilai RM100 itu jika dibandingkan dengan janji Allah melalui hadis sahih Bukhari “ Sesiapa yang mendirikan rumah Allah ‘masjid’ akan baginya sebuah mahligai di dalam syurga”.  Namun begitu yang terlebih penting ialah  kita menunjukkan sikap tidak setuju kita diatas tindakan zalim UMNO ini. Moga-moga sumbangan ikhlas kita itu menjadi jawapan terhadap persoalan KeIMANan yang akan diajukan kepada kita berhubung dengan perobohan ini sewaktu kita berhadapan dengan Rabbuljalil.

Tuan-tuan boleh menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada :

·         Syed Salim Tuan Kuning – Pengerusi Masjid Pasir Minal 014-8073442
·         Hj Ismail Harun – Pengerusi Perlaksanaan Pembinaan Masjid Pasir Minal 014-8290044
·         Wahab Ngah – Bendahari Masjid
·         Atau menerusi Bank Islam Malaysia Berhad No. Akaun 13026010015683

Pandangan dalam (mimbar)

Pandangan sisi dalam

Pandangan Hadapan

sumber: http://www.dppkk.org/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1141

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s