Tag Archives: Masjid al-Falahk

Masjid Al-Falahk – USJ

[dipetik dari http://cybermosque.mpsj.gov.my/al_falahk.html%5D

Konsep Rekabentuk

Kesederhanaan dalam Islam serta kerendahan diri menjadi asas dalam merekabentuk bangunan masjid ini. Kecantikan seseorang pada kacamata Islam bukan dilihat dari rupa paras luaran, tetapi melalui ‘dalaman diri’ seseorang itu iaitu pada kesucian hati dan kemantapan iman.Konsep ini juga membawa maksud barangsiapa yang ingin mengetahui dan mengenali Islam itu hendaklah ia mendekati dan mendalaminya terlebih dahulu, barulah dapat ia melihat akan kecantikan dan merasai kemanisan Islam.

Secara fizikalnya gambaran kepada konsep tersebut diperlihatkan melalui kedudukan kubah yang comel dari pandangan luaran, yang menonjolkan kesederhanaan dalam Islam. Sementara itu suatu ‘kejutan’ diberikan apabila seseorang itu memasuki bahagian dalam masjid ini dengan terbentangnya sebuah kubah yang besar dan unik yang mana tidak disangkakan kewujudannya, sama sepertimana mereka yag tidak mendekati dan tidak mendalami Islam tidak akan mengetahui keindahannya.

Rupa paras fizikal seseorang itu juga tidak menjadi keutamaan dalam Islam, sebaliknya kesucian hati dan keteguhan iman menjadi pilihan utama untuk mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT

Keluasan keseluruhan tapak :16972 m. per (~4.19 ekar)
Keluasan lantai kasar:
Tingkat Bawah  : 3258 m.per
Tingkat Atas  : 1771 m.per
Jumlah Keseluruhan : 5029 m.per

Terdapat 4 ruang utama untuk bersembahyang iaitu :

Ruang Sembahyang Utama
Ruang Sembahyang Tingkat Atas
Ruang Tambahan serbaguna
Ruang Legar(Pintu Masuk)

Ruang-ruang lain yang disediakan termasuk :

Drop-off Area
Bilik-bilik kuliah
Dewan Serbaguna
Bilik Imam dan Bilal
Pejabat Pentadbiran
Perpustakaan
Bilik Mesyuarat
Bilik Mandi dan Penyediaan jenazah
Bilik Penyediaan Makanan
Tandas Lelaki, Wanita dan yang Kurang Upaya
Wuduk
Tempat Pembuangan Sampah
Bilik Suis
Setor
Tempat Letak Kereta Tertutup dan Terbuka
Tempat Letak Motosikal

Masjid Al-Falahk USJ juga sedang berusaha untuk memperindahkan lagi persekitaran masjid dengan mengadakan beberapa lanskap di dalam kawasan masjid. Lanskap-lanskap ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan dan hiasan taman yang menarik.

Apabila lanskap-lanskap ini siap sepenuhnya ia akan membawa perubahan yang besar kepada persekitaran masjid sekaligus mencantikkan lagi masjid ini

Advertisement