Kempunan masjid baru

SUNGAI BULOH: Bersolat di bawah pokok dan ada ketika hanya berbumbungkan langit. Itu situasi dilalui jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan di Kampung Kubu Gajah, di sini, sejak 10 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid berusaha mendapatkan dana bagi menyiapkan masjid baru di belakang masjid sedia ada.

Tinjauan mendapati, keadaan masjid sempit yang hanya memuatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa memaksa pembinaan masjid baru disiapkan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kubu Gajah, Abdul Kadir Mohd Geroh, berkata selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihaknya segera menyiapkan pembinaan masjid berkenaan.
“Projek yang dimulakan pembinaannya awal tahun ini sepatutnya dijangka siap September depan, namun disebabkan kurang peruntukkan menyebabkan ia dilakukan secara perlahan-lahan.
“Selain mendapat kelulusan pelan, kami meminta dana daripada Jais bagi mempercepatkan proses pembinaannya, namun tiada jawapan diberikan mereka sehingga kini,” katanya.

Masjid yang menelan belanja hampir RM2.6 juta itu kini kerap terbengkalai dan hasrat bagi memberi peluang orang ramai menggunakannya pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.

Berikutan itu, Abdul Kadir dan AJK masjid berusaha mendapatkan bantuan mana-mana pihak selain bantuan barangan mentah yang diberikan oleh orang ramai seperti batu-bata dan simen.

“Kami berharap sasaran menyiapkan masjid ini mengikut tarikh ditetapkan terlaksana demi memberi keselesaan penduduk sekitar yang semakin bertambah,” katanya.

sumber: Harian Metro

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s