Masjid Suleiman – Klang

Dipetik dari Warisan Budaya Malaysia laman web Perpustakaan Negara

Masjid ini adalah terletak di Klang, Bandar Diraja Selangor. Ia terletak di Kampung Jawa, berhampiran dengan Istana Klang. Masjid ini telah direka oleh L. Keste Vend an dibina pada tahun 1932 sebagai hadiah kerajaan British kepada Sultan Suleiman. Pada awalnya nama sebenar masjid ini ialah Masjid Suleiman Jamiur Rahman.

Masjid ini menjadi sebahagian daripada mercu tanda penting untuk bandar Klang. Ia boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1,000 jemaah dalam satu masa. Terdapat juga pusara keluarga Diraja Selangor yang disemadi di situ.

Kubah separa hemisfera yang berwarna kuning itu bersifat unik dan membentuk identitinya yang tersendiri. Menara besar yang juga berkubah kuning adalah merupakan menara tunggal dan diapit oleh enam menara yang lebih kecil dan rendah.

Masjid ini direka bentuk pada zaman selepas pembinaan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Ia dipengaruhi oleh unsur Art Deco dalam reka bentuknya. Unsur-unsur classical sedikit sebanyak telah terhakis dalam reka bentuk ini. Lihat saja kubah bangunan, ianya telah dipermudahkan bentuknya, bulat dan licin. Penggunaan warna juga sudah tidak mengambil unsur emas atau tembaga lagi. Pemilihan warna kuning untuk kubah adalah sesuatu yang agak baru di zamannya.

Penggunaan marmar dan bata juga sudah tidak kelihatan ke atas tampak bangunan masjid ini. Bahan yang lebih asli seakan batu digunakan untuk tampak asal. Fokus hanya diberikan kepada kubah dan konsep bentuk dan fungsi sahaja. Masjid ini dengan jelas telah menjadi bahan eksperimen dalam penggunaan elemen Art Deco dalam mereka bentuk masjid di negara ini seterusnya. Konsep Art Deco menekankan kepada penggunaan geometri mudah, kiub dan elemen dekoratif minima.

Satu percubaan yang berani telah dilakukan dalam pembinaan masjid ini. Pihak penjajah Inggeris telah memperkenalkan pengaruh Art Deco yang hebat melanda di Barat pada masa itu. Ini merupakan cabaran dan alternatif kepada generasi pereka bentuk negara yang seterusnya, termasuklah kepada merealisasikan Masjid Negara.

Masjid ini direka di atas pelan yang bergeometri segi-lapan (oktagon). Dari teras segi lapan asal sebagai ruang solat utama, ianya berkembang kelapisan geometri kedua yang menempatkan serambi masjid tersebut. Seterusnya ianya bercabang kepada empat arah, iaitu arah hadapan sebagai mihrab dan arah kiri dan kanan menemukan anjung pintu masuk dan arah belakang memanjang ke arah menara dan anjung utama masjid.

Jika dilihat secara rambang, ianya membentuk satu palang yang menyerupai reka bentuk gereja-gereja di Eropah. Mungkin arkitek terbabit sudah terbiasa dengan pembinaan rumah ibadat di tempat asalnya. Tetapi di sekeliling teras segi lapan itu telah diubah suai dan membuat masjid itu kelihatan lebih empat segi jika dipandang dari luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s